Monday, 19 December 2011

Rancangan pelajaran harian

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                      : Tabika KEMAS Pangsapuri Seri Cahaya 

Tarikh                                     : 08 Disember 2011

Hari                                         : Khamis

Masa                                      : 30 minit

Bil. Murid                                : 25 orang

Tema                                      : Tumbuh-tumbuhan

Sub tema                               : Bunga

Tunjang utama                       : Sains dan Teknologi

Standard Kandungan           : ST 3.3 Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun,   
   bunga, buah serta Pertumbuhan anak benih

Standard Pembelajaran       : ST 3.3.2 Membandingkan bunga berdasarkan ciri berikut :
a)    Warna
b)    Saiz
c)    Bau

Objektif pembelajaran         : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
1-    Membezakan antara warna, saiz dan bau bunga.
2-    Mengenali ciri-ciri bunga.

Pengetahuan Sedia Ada   : Murid sudah mengenali bunga dan boleh membaca
                                                  perkataan

Penerapan nilai                   : Sayangi Tumbuh-tumbuhan seperti Bunga.

Bahan Bantu Mengajar       : Beberapa jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga Mawar,  
  Bunga Matahari dan Bunga Kertas. 


Masa/Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan/BBM/Nilai
Set Induksi
(5 minit)
Teka-teki
-Guru meminta murid meneka apa yang akan guru papar pada skrin computer


 





-Gambar bunga melalui blog.
-komputer
Langkah 1
(10 minit)
Memadan gambar dan perkataan
-Guru memperkenalkan  beberapa jenis bunga serta nama bunga melalui paparan skin kepada murid.









-Guru memadankan gambar bunga dan kad perkataan (nama bunga) kepada murid.
-Murid diminta untuk memadan gambar dan perkataan di papan putih.

-Gambar bunga (pelbagai jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga mawar, Bunga Matahari, Bunga Kertas)
-Kad Gambar
-Kad Perkataan
Langkah 2
(6 minit)
Membandingkan warna, saiz dan bau
-Guru menunjukkan bunga yang hidup (sebenar)
-Guru menerangkan kepada murid warna, saiz dan bau bunga yang ada.
-Guru meminta murid untuk memegang dan meneroka bunga yang telah diberikan.

-Bahan maujud (pelbagai jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga mawar, Bunga Matahari, Bunga Kertas)
Langkah 3
(4 minit)
Bersoaljawab
-Guru bersoaljawab dengan murid.
Contoh soalan:
1.    Apakah warna Bunga Raya?
2.    Adakah Bunga Mawar berbau wangi?
3.    Apakah saiz Bunga Matahari?


Penutup
(5 minit)
Menyanyi lagu “Bunga Mawar”
-Guru memaparkan nyanyian lagu bunga pada skrin computer









-Guru menyanyikan lagu “Bunga Mawar” sambil memegang bunga.
-Murid menyanyikan lagu tersebut dengan bimbingan guru.
-Lirik lagu “Bunga Mawar”
Ku tanam pokok bunga,
Bunga mawar namanya,
Ku siram dan ku baja,
Lama besar jadinya.

Ku petik bunga mawar
Ku letak di kepala,
Ku jalan sini sana
Harum wangi baunya

No comments:

Post a Comment