Lihat la bunga-bunga ciptaan Allah SWT yang sungguh cantik di pandang, yang sungguh tenang di lihat..
Thursday, 22 December 2011
Wednesday, 21 December 2011
Monday, 19 December 2011
Rancangan pelajaran harian
Rancangan Pengajaran Harian
Kelas : Tabika KEMAS Pangsapuri Seri Cahaya
Tarikh : 08 Disember 2011
Hari : Khamis
Masa : 30 minit
Bil. Murid : 25 orang
Tema : Tumbuh-tumbuhan
Sub tema : Bunga
Tunjang utama : Sains dan Teknologi
Standard Kandungan : ST 3.3 Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun,
bunga, buah serta Pertumbuhan anak benih
Standard Pembelajaran : ST 3.3.2 Membandingkan bunga berdasarkan ciri berikut :
a) Warna
b) Saiz
c) Bau
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
1- Membezakan antara warna, saiz dan bau bunga.
2- Mengenali ciri-ciri bunga.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali bunga dan boleh membaca
perkataan
Penerapan nilai : Sayangi Tumbuh-tumbuhan seperti Bunga.
Bahan Bantu Mengajar : Beberapa jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga Mawar,
Bunga Matahari dan Bunga Kertas.
Masa/Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti | Catatan/BBM/Nilai | |||
Set Induksi (5 minit) | Teka-teki | -Guru meminta murid meneka apa yang akan guru papar pada skrin computer | -Gambar bunga melalui blog. -komputer | |||
Langkah 1 (10 minit) | Memadan gambar dan perkataan | -Guru memperkenalkan beberapa jenis bunga serta nama bunga melalui paparan skin kepada murid. -Guru memadankan gambar bunga dan kad perkataan (nama bunga) kepada murid. -Murid diminta untuk memadan gambar dan perkataan di papan putih. | -Gambar bunga (pelbagai jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga mawar, Bunga Matahari, Bunga Kertas) -Kad Gambar -Kad Perkataan | |||
Langkah 2 (6 minit) | Membandingkan warna, saiz dan bau | -Guru menunjukkan bunga yang hidup (sebenar) -Guru menerangkan kepada murid warna, saiz dan bau bunga yang ada. -Guru meminta murid untuk memegang dan meneroka bunga yang telah diberikan. | -Bahan maujud (pelbagai jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga mawar, Bunga Matahari, Bunga Kertas) | |||
Langkah 3 (4 minit) | Bersoaljawab | -Guru bersoaljawab dengan murid. Contoh soalan: 1. Apakah warna Bunga Raya? 2. Adakah Bunga Mawar berbau wangi? 3. Apakah saiz Bunga Matahari? | ||||
Penutup (5 minit) | Menyanyi lagu “Bunga Mawar” | -Guru memaparkan nyanyian lagu bunga pada skrin computer -Guru menyanyikan lagu “Bunga Mawar” sambil memegang bunga. -Murid menyanyikan lagu tersebut dengan bimbingan guru. | -Lirik lagu “Bunga Mawar” Ku tanam pokok bunga, Bunga mawar namanya, Ku siram dan ku baja, Lama besar jadinya. Ku petik bunga mawar Ku letak di kepala, Ku jalan sini sana Harum wangi baunya |
Sunday, 18 December 2011
Jenis-jenis bunga
Jenis-jenis Bunga Raya
Bunga Raya
Jenis-jenis Bunga Mawar
Bunga Mawar
Jenis-jenis Bunga Matahari
Bunga Matahari
Jenis-jenis Bunga Kertas
Bunga Kertas
Bunga Raya
Jenis-jenis Bunga Mawar
Bunga Mawar
Jenis-jenis Bunga Matahari
Bunga Matahari
Jenis-jenis Bunga Kertas
Bunga Kertas
Lagu bunga
Video lagu bunga
Lirik lagu “Bunga Mawar”
Lirik lagu “Bunga Mawar”
Ku tanam pokok bunga,
Bunga mawar namanya,
Ku siram dan ku baja,
Lama besar jadinya.
Ku petik bunga mawar
Ku letak di kepala,
Ku jalan sini sana
Harum wangi baunya
Harum wangi baunya
Thursday, 8 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)